Selamat Datang ke buletinrbt.blogspot.my

Laman perkongsian maklumat Panitia Rekabentuk dan Teknologi.

Sekolah Kebangsaan Serting (Felda)

Di sini ku bermula.....

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Laman yang penuh dengan informasi.

VLE Frog

Layari laman nba6017.1bestarinet.net

Selamat Maju Jaya

Terima kasih semua.

Wednesday, 21 December 2016

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2017


JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2017

1. 19 JANUARI 2017 (KHAMIS)
2. 23 FEBRUARI 2017 (KHAMIS)
3. 23 MAC 2017 (KHAMIS)
4. 25 APRIL 2017 (SELASA)
5. 25 MEI 2017 (KHAMIS)
6. 15 JUN 2017 (KHAMIS)
7. 25 JULAI 2017 ( SELASA)
8. 24 OGOS 2017 (KHAMIS)
9. 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
10. 11 OKTOBER 2017 (RABU)
11. 23 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)
12. 21 DISEMBER 2017 (KHAMIS)

RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN YG PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA SEMUA DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2017..

20 DIS 2016 - 19 JAN 2017 = 30 HARI
19 JAN 2017 - 23 FEB 2017 = 35 HARI
23 FEB 2017 - 23 MAC 2017 = 28 HARI
23 MAC 2017 - 25 APRIL 2017 = 33 HARI
25 APRIL 2017 - 25 MEI 2017 = 30 HARI
25 MEI 2017 - 15 JUN 2017 = 21 HARI
15 JUN 2017 - 25 JULAI 2017 = 40 HARI
25 JULAI 2017  - 24 OGOS 2017 = 30 HARI
24 OGOS 2017 - 25 SEPT 2017 = 32 HARI
25 SEPT 2017 - 11 OKT 2017 = 16 HARI
11 OKT 2017 - 23 NOV 2017 = 42 HARI
23 NOV 2017 - 21 DIS 2017 = 28 HARI

*BULAN JUN (AIDILFITRI) & OKTOBER ( DEEPAVALI) SGT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SANGAT BESAR...
SELAMAT MENGHABISKAN SISA2 CUTI & SELAMAT BEKERJA 2017...


Sunday, 18 December 2016

Bengkel RBT



Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi SK Felda Serting merupakan sebuah bilik darjah biasa yang diubah suai menjadi bengkel untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Keluasan bengkel ini adalah sama dengan bilik darjah yang lain dan keluasannya agak terhad untuk menempatkan kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai.

Peralatan-peralatan dan perabot-perabot yang terdapat di dalam bengkel agak lama dan juga usang. Kemudahan yang terdapat dalam bengkel ini juga agak terhad dan menyukarkan proses PdP dijalankan. Sebagai contoh, kemudahan sinki tidak disediakan di dalam bengkel dan ini menyebabkan murid terpaksa pergi ke tandas untuk mencuci tangan dan peralatan yang telah digunakan.

Antara masalah yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
- Meja bengkel telah rosak dan usang.


- Tiada jeriji tingkap dan pintu.

- Almari/ Rak peralatan yang tidak bertutup.


- Almari pameran yang tidak sesuai.

- Lantai simen pecah dan berpasir.


- Penggunaa papan hitam.

- Kerusi murid patah.

- Papan kenyataan reput.

- Tombol pintu patah.

- Peralatan berkarat.
- Ketiadaan sinki dan paip air.

Justeru, panitia telah menghantar kertas cadangan naik taraf dan baik pulih bengkel kepada pihak sekolah untuk diambil tindakan. Kami berharap masalah ini dapat di atasi segera untuk memastikan kelancaran PdP dalam bengkel.

Thursday, 15 December 2016

Awal Bismillah Pembuka Bicara



Assalamualaikum w.r.t.


Salam Sejahtera

Selamat datang ke Blog Rekabentuk dan Teknologi SK Serting (F)

Terima kasih kerana anda menggunakan blog ini sebagai salah satu pencarian bahan dan maklumat. Blog ini dibina bertujuan sebagai pemudah cara kepada para guru dan murid-murid khususnya warga Sekolah Kebangsaan Serting (F) untuk mendapatkan maklumat dan bahan berkaitan dengan bidang yang dipelajari.

Di samping itu juga, blog ini dibina sebagai menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang berdaya saing dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi sesuai dengan keperluan murid abad 21.

Akhir kata, terima kasih tidak terhingga kepada semua yang memberi ruang dan kerjasama untuk memajukan lagi pembangunan blog ini dan berharap blog ini dapat memberikan impak yang baik kepada semua.

Sekian, terima kasih.